peminat

Saturday 21 April 2012

Batu berdiri di Kuala Perlis Malaysia

Batu Berdiri Di Kuala Perlis Malaysia .. Batu berdiri.. Kejadian pelik ini berlaku di Kuala Perlis.. Kejadian 50 biji batu berdiri ini sesuatu fenomena yang pelik berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu…






Batu Berdiri 

Thursday 19 April 2012

Amaran Tsunami di Utara Semenanjung ditarik balik

KUALA LUMPUR 11 Jan - Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran tsunami bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat dikesan berlaku di pantai barat utara Sumatera.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata, nasihat tsunami yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini telah dihentikan setelah hasil daripada pemantauan di setiap negeri berkenaan kira-kira 7 pagi tadi didapati memuaskan.
"Kami sudah pantau ke semua tempat di negeri-negeri terlibat dan mendapati keadaan gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi tidak akan melibatkan tsunami,” katanya.
Beliau berkata, pada awal pagi tadi terdapat gempa bumi yang kuat dikesan di pantai barat utara Sumatera dan menjejaskan keadaan laut, lalu pihaknya mengeluarkan nasihat supaya orang awam menjauhkan diri dari kawasan persisiran pantai.
"Gegaran turut dilaporkan oleh orang awam antara pukul 2 sehingga 3 pagi tadi terutama di Pulau Pinang dan kami menasihatkan mereka supaya menjauhi kawasan pesisir pantai,” katanya. 

kejadian ribut di kangar


KEJADIAN RIBUT DI KANGAR | 20 BUAH RUMAH ROSAK,Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini.Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namunJKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai.