peminat

Saturday 21 April 2012

Batu berdiri di Kuala Perlis Malaysia

Batu Berdiri Di Kuala Perlis Malaysia .. Batu berdiri.. Kejadian pelik ini berlaku di Kuala Perlis.. Kejadian 50 biji batu berdiri ini sesuatu fenomena yang pelik berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu…






Batu Berdiri 

Thursday 19 April 2012

Amaran Tsunami di Utara Semenanjung ditarik balik

KUALA LUMPUR 11 Jan - Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran tsunami bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat dikesan berlaku di pantai barat utara Sumatera.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata, nasihat tsunami yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini telah dihentikan setelah hasil daripada pemantauan di setiap negeri berkenaan kira-kira 7 pagi tadi didapati memuaskan.
"Kami sudah pantau ke semua tempat di negeri-negeri terlibat dan mendapati keadaan gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi tidak akan melibatkan tsunami,” katanya.
Beliau berkata, pada awal pagi tadi terdapat gempa bumi yang kuat dikesan di pantai barat utara Sumatera dan menjejaskan keadaan laut, lalu pihaknya mengeluarkan nasihat supaya orang awam menjauhkan diri dari kawasan persisiran pantai.
"Gegaran turut dilaporkan oleh orang awam antara pukul 2 sehingga 3 pagi tadi terutama di Pulau Pinang dan kami menasihatkan mereka supaya menjauhi kawasan pesisir pantai,” katanya. 

kejadian ribut di kangar


KEJADIAN RIBUT DI KANGAR | 20 BUAH RUMAH ROSAK,Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini.Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namunJKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai.

Tuesday 27 March 2012

WANITA TERTUA DI PERLIS MAHU KAWIN LAGI??


Wanita tertua di Perlis berhasrat mahu kahwin lagi? Begitulah hasrat wanita yang berusia 116 tahun ini yang sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya. Puan Ahmad berhasrat untuk mencari teman untuk mengisi kesunyian hidup berseorangan.
Puan Ahmad 116 Tahun
Puan menjelaskan hidupnya agak bosan kerana hidup bersendirian sahaja dan berharap menemui calon suami dari kawasan berdekatan tempat tinggalnya iaitu Padang Keria.
Puan mula mendapat perhatian media apabila kisahnya disiarkan setelah berlaku salah faham di dalam nombor kad pengenalannya. Media sebelum ini melaporkan Puan Ahmad yang berusia lebih 90 tahun telah bertukar menjadi “belasan tahun” berdasarkan nombor kad pengenalannya.
Semakan melalui JPN telah menemui rekod permohonannya ketika memohon kad pengenalan terdahulu. Justeru Puan Ahmad telah diiktiraf wanita tertua di Perlis kerana mempunyai tarikh kelahiran pada tahun 1896.

TARIKAN PELANCONG KE NEGERI INDERA KAYANGAN
Lima 2011 pentas terbaik promosi Langkawi


ARAU - Jabatan Pelancongan Negeri Perlis menjangkakan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011 yang akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini mampu menarik sekurang-kurangnya 20,000 pelancong dalam dan luar negara dalam tempoh itu.

Pengarahnya, Fadina Othman berkata, berdasarkan kajian dilakukan Kementerian Pelancongan sebelum ini, sekurang-kurangnya sejuta pelancong menggunakan Jeti Kuala Perlis sebagai akses masuk ke  Langkawi tahun lalu semata-mata untuk menyaksikan Lima. 
Berdasarkan perangkaan itu, Fadina berharap sekurang-kurangnya dua peratus daripada jumlah itu mampu memanfaatkan peluang untuk melawat tempat menarik di Perlis berdasarkan pelbagai promosi dilakukan pihaknya di jeti dan pulau Langkawi.

"Berdasarkan statistik kehadiran pelancong ke Perlis sepanjang penganjuran Lima 2010, kita berjaya mencatatkan kehadiran lebih 10,000 pelancong dalam tempoh itu dengan 60 peratus daripadanya rakyat tempatan.
"Kami kini giat menjalankan promosi dengan turut serta membuka gerai di pameran Lima 2011 di Langkawi. Musim cuti persekolahan sekarang ini akan membantu meningkatkan kehadiran pelancong ke Perlis," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri perasmian pertandingan pengaturcaraan komputer dan rekacipta multimedia 201!(PROMED@CS'11) di Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis di sini semalam.
Turut hadir Exco Pelaburan dan Teknologi Maklumat, Datuk Seri Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Rektor UiTM, Prof Dr Khudzir Ismail.

Fadina berkata, pengusaha hotel dan homestay di Perlis perlu mengambil peluang menyediakan kemudahan bilik dengan harga berpatutan kepada pelancong kerana kebiasaannya harga penginapan di Langkawi lebih mahal sepanjang acara itu.

Menurutnya, kebanyakan pelancong dijangka mengambil alternatif untuk menginap di hotel berdekatan dengan jeti bagi mengelak membayar kadar hotel tinggi.

"Apabila menginap di hotel di sekitar Perlis, secara tidak langsung mereka akan melawat tempat menarik di Perlis," katanya.

MERCU TANDA BARU PERLIS

Pecah tanah

KANGAR - Pembinaan Kompleks Komersil Kangar bernilai RM100 juta yang dibangunkan Uda Holdings Berhad dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) bakal menjadi mercu tanda baru Perlis bagi mencapai objektif negeri maju pada tahun 2015.
 
Pengerusi Uda Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek atas tanah milik PKENPs seluas 2.52 hektar di Kampung Bakau akan dibangunkan dua peringkat. Fasa pertama menyiapkan bangunan pejabat 12 tingkat yang dinamakan Menara PKENPs.
 
Menurutnya, fasa kedua melibatkan pembinaan kompleks komersil tiga tingkat berserta dua tingkat tempat letak kereta bertingkat. Ia juga akan membina 20 unit kedai pejabat tiga tingkat dan lapan unit kedai pejabat dua tingkat.
 
“Kita menjangkakan projek itu dimulakan bulan depan. Kedua-dua fasa projek dijangka siap selewat-lewatnya Disember 2013.
 
“Melalui perjanjian, kedua-dua pihak dijangka mendapat keuntungan daripada projek itu di samping memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
 
“Projek pembangunan ini akan menjadi pembuka jalan kepada usaha sama pembangunan hartanah antara Uda dan PKENPs,” katanya selepas menyaksikan perjanjian usaha sama antara Uda dan PKENPs serta upacara pecah tanah pembinaan Menara PKENPs di sini semalam.
 
Ia ditandatangani Pengurus Besar PKENPs, Kasim Zakaria dan Pengurus Besar Kanan Uda Holdings Berhad, Shytul Shahryn Mohamad Shaari yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Pengerusi PKENPs.
 
Turut hadir Speaker Dun Perlis, Datuk Yazid Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Ahmad dan Ahli Exco serta Adun Barisan Nasional (BN) Perlis.
 
Sementara itu, Md Isa berkata, objektif pembangunan projek itu adalah bagi mempercepatkan proses transformasi Kangar sebagai bandar maju selaras dengan aspirasi menjadikan Perlis sebagai negeri maju menjelang tahun 2015.
 
Menurutnya, pelaksanaan projek itu dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi Perlis selain mewujudkan sekurang-kurangnya 300 peluang pekerjaan.
 
“Melalui pembinaan ini, Kerajaan Negeri menjangkakan ruang perniagaan seluas 200,000 kaki persegi akan ditawarkan kepada usahawan tempatan dan Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera di Perlis,” katanya


masjid terapung juga merupakan mercu tanda baru perlis

Sunday 25 March 2012

PERLIS BANJIR

 negeri perlis memang mempunyai kadar banjir yang tinggi ini berlaku semenjak terbinanya Empangan Timah Tasoh (ETT) yang disifatkan sebagai bom jangka (time bomb) yang berbahaya dan boleh menyebabkan sebahagian dari negeri itu tenggelam sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ETT.Keadaan ini boleh berlaku apabila ETT pecah akibat lebihan takungan, kemungkinan retak akibat gegaran gempa bumi walaupun Malaysia di luar kawasan gempa, sabotaj musuh atau pengganas dan sebagainya akibat tiadanya saliran terus ke laut. Banjir di Perlis semakin kerap berlaku dari 10 tahun sekali, kepada lima tahun sekali dan kini setiap tahun dan menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan hingga kerugian yang dialami rakyat Perlis mencecah nilai jutaan ringgit.Keadaan banjir ini  berlaku kerana ketiadaan sistem saliran keluar lebihan stok air yang sempurna dan hanya menggunakan sungai semula jadi yang sedia ada, pengurusan penyelenggaraan sungai yang kurang memuaskan, longkang, perparitan yang tidak selari dengan pembangungan. oleh itu pihak berkenaan harus lah mencari alternatif supaya banjir semakin berkurangan.

 
 
empangan timah tasoh

 
keadaan banjir di perlis

Thursday 15 March 2012


TASIK TIMAH TASOH 

 
pemandangan waktu senja


Tasik Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, mukim Beseri dan boleh dihubungi melalui dua jalan iaitu Jalan Kangar – Padang Besar dan Jalan Abi – Padang Besar. Tasik Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertemuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Tasik Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Tujuan pembinaan empangan ini adalah sebagai pusat tadahan air hujan bagi penduduk Perlis. Tasik buatan ini sangat cantik dan menjadi peminat kaki pancing untuk memancing. Di samping itu juga, di tasik ini juga menjadi tempat persinggahan sekumpulan burung pada musim sejuk. Di sini terdapat beberapa buah blok bangunan pangsapuri, chalet dan tapak perkhemahan yang dipenuhi dengan pokok durian.


Berkunjung ke Perlis harus tidak lupa untuk datang ke tasik ini , pemandangan yang berlatar belakangkan bukit sangat memukau pandangan . Pengantin yang berasal dari perlis juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di tasik ini. sangat sesuai untuk berkelah di tasik ini.

 


Tuesday 13 March 2012


TAMAN NEGERI WANG KELIAN


Pemandangan dari Puncak Pemerhati


Pencinta alam semula jadi dan pengembara pasti untuk menikmati lawatan ke taman negeri Wang Kelian . Hutan ini kaya dengan flora dan faunadengan beberapa flora dekat dengan tumbuh-tumbuhan ThailandTaman Negeri adalah 1,000 hektar dalam saizyang terletak di Hutan Simpan Mata Ayer.

Dalam perjalanan ke Wang Kelianpengunjung akan diberi ganjaran dengan pandangan yang menakjubkan tasik Timah Tasoh dan puncak Bukit Chabang yang unik.


Untuk pengembara, mengambil masa berjalan kaki yang mencabar di trek hutan dari tapak perkhemahan melepasi air terjun penyandungan membawa kepada gua Myanmar Wang. Terus berjalan dan anda mungkin menemui perkara-perkara yang menarik di dalam gua.

Tidak lupa juga pasaran hari Ahad popular di Wang Kelian, di mana pasport tidak diperlukan apabila menyeberangi sempadan Thai-Malaysia. Ini hanya dengan syarat bahawa mereka masih berada di dalam kawasan pasaran.

Semapadan Malaysia -Thai

MAKANAN POPULAR PERLIS 


Sejenis makanan yang popular di kalangan masyarakat tani di negeri ini iaitu 'ringgi' dan 'emping' kini mula menjadi perhatian semua golongan apabila musim timur melanda Perlis.
Keenakan rasanya yang sedap ini hanya dapat dirasai setahun sekali sahaja iaitu pada musim timur atau kini sedang popular dengan sebutan 'winter wind' di kalangan penduduknya.
Bagi kebanyakan petani yang menanam benih padi pulut ini, masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat ringgi dan emping sementara menunggu padi di sawah masak atau menguning.
Menurut kebanyakan petani yang menanam dan membuatnya, tidak semua petani menanam benih padi ini memandangkan kepada kesukaran untuk menghasilkannya, tambahan jika tiada peralatan yang lengkap.
''Untuk menghasilkan rasanya yang sedap, cara buatan tradisional hendaklah dikekalkan iaitu memerlukan penggunaan lesung batang atau indik, '' kata Rokiah Ismail yang ditemui di Pesta Musim Timur Negeri Perlis baru-baru ini.
Menurutnya,ringgi dibuat sewaktu padi pulut masih hijau menggunakan lesung batang, manakala emping pula dibuat sewaktu padi tersebut telah menjadi sedikit kuning dengan menggunakan lesung tangan.
Minah Ahmad yang telah lama membuat ringgi berkata, kebiasaannnya emping dibuat setelah padi pulut tersebut tidak sempat dibuat ringgi atau terlebih tempoh akibat kesibukan petani ataupun padi itu terlalu banyak dan tenaga pembuatnya
sedikit.
Katanya untuk membuat ringgi atau emping yang telah diketam (dikerat) tangkainya memerlukan antara empat hingga enam orang. Selalunya terdiri daripada ahli keluarga atau jiran tetangga.
Ada yang ditugaskan untuk meleraikan padi tersebut daripada batangnya sebelum padi itu digoreng di dalam belanga (kuali) oleh yang lain.
Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya secara begilir.
Bagi golongan petani yang membuat makanan istimewa mereka ini, sudah menjadi tradisi dan budaya di kampung pak tani, ahli keluarga dan jiran tetanggaakan berkumpul untuk memeriahkan suasana sambil mewujudkan semangat kerjasama.
''Sudah menjadi kebiasaan kami apabila tiba musim untuk membuat ringgi atau emping, semua akan berkumpul dan sama-sama bekerja sambil menyiapkan hidangan tengah hari yang terdiri daripada masakan kampung sambil menunggu ringgi siap dibuat menjelang petang hari, '' kata mereka mesra.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan iala hempat kepoi (secupak).
Jauh dari kesibukan kota, Indera Kayangan tetap gah dengan pembangunan dan pembaharuannya. Masa yang beredar pergi tidak pernah melupakan tentang tradisi, adat dan budaya.