peminat

Tuesday 27 March 2012


TARIKAN PELANCONG KE NEGERI INDERA KAYANGAN
Lima 2011 pentas terbaik promosi Langkawi


ARAU - Jabatan Pelancongan Negeri Perlis menjangkakan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011 yang akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini mampu menarik sekurang-kurangnya 20,000 pelancong dalam dan luar negara dalam tempoh itu.

Pengarahnya, Fadina Othman berkata, berdasarkan kajian dilakukan Kementerian Pelancongan sebelum ini, sekurang-kurangnya sejuta pelancong menggunakan Jeti Kuala Perlis sebagai akses masuk ke  Langkawi tahun lalu semata-mata untuk menyaksikan Lima. 
Berdasarkan perangkaan itu, Fadina berharap sekurang-kurangnya dua peratus daripada jumlah itu mampu memanfaatkan peluang untuk melawat tempat menarik di Perlis berdasarkan pelbagai promosi dilakukan pihaknya di jeti dan pulau Langkawi.

"Berdasarkan statistik kehadiran pelancong ke Perlis sepanjang penganjuran Lima 2010, kita berjaya mencatatkan kehadiran lebih 10,000 pelancong dalam tempoh itu dengan 60 peratus daripadanya rakyat tempatan.
"Kami kini giat menjalankan promosi dengan turut serta membuka gerai di pameran Lima 2011 di Langkawi. Musim cuti persekolahan sekarang ini akan membantu meningkatkan kehadiran pelancong ke Perlis," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri perasmian pertandingan pengaturcaraan komputer dan rekacipta multimedia 201!(PROMED@CS'11) di Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis di sini semalam.
Turut hadir Exco Pelaburan dan Teknologi Maklumat, Datuk Seri Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Rektor UiTM, Prof Dr Khudzir Ismail.

Fadina berkata, pengusaha hotel dan homestay di Perlis perlu mengambil peluang menyediakan kemudahan bilik dengan harga berpatutan kepada pelancong kerana kebiasaannya harga penginapan di Langkawi lebih mahal sepanjang acara itu.

Menurutnya, kebanyakan pelancong dijangka mengambil alternatif untuk menginap di hotel berdekatan dengan jeti bagi mengelak membayar kadar hotel tinggi.

"Apabila menginap di hotel di sekitar Perlis, secara tidak langsung mereka akan melawat tempat menarik di Perlis," katanya.

No comments:

Post a Comment