peminat

Tuesday 27 March 2012


MERCU TANDA BARU PERLIS

Pecah tanah

KANGAR - Pembinaan Kompleks Komersil Kangar bernilai RM100 juta yang dibangunkan Uda Holdings Berhad dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) bakal menjadi mercu tanda baru Perlis bagi mencapai objektif negeri maju pada tahun 2015.
 
Pengerusi Uda Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek atas tanah milik PKENPs seluas 2.52 hektar di Kampung Bakau akan dibangunkan dua peringkat. Fasa pertama menyiapkan bangunan pejabat 12 tingkat yang dinamakan Menara PKENPs.
 
Menurutnya, fasa kedua melibatkan pembinaan kompleks komersil tiga tingkat berserta dua tingkat tempat letak kereta bertingkat. Ia juga akan membina 20 unit kedai pejabat tiga tingkat dan lapan unit kedai pejabat dua tingkat.
 
“Kita menjangkakan projek itu dimulakan bulan depan. Kedua-dua fasa projek dijangka siap selewat-lewatnya Disember 2013.
 
“Melalui perjanjian, kedua-dua pihak dijangka mendapat keuntungan daripada projek itu di samping memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
 
“Projek pembangunan ini akan menjadi pembuka jalan kepada usaha sama pembangunan hartanah antara Uda dan PKENPs,” katanya selepas menyaksikan perjanjian usaha sama antara Uda dan PKENPs serta upacara pecah tanah pembinaan Menara PKENPs di sini semalam.
 
Ia ditandatangani Pengurus Besar PKENPs, Kasim Zakaria dan Pengurus Besar Kanan Uda Holdings Berhad, Shytul Shahryn Mohamad Shaari yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Pengerusi PKENPs.
 
Turut hadir Speaker Dun Perlis, Datuk Yazid Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Ahmad dan Ahli Exco serta Adun Barisan Nasional (BN) Perlis.
 
Sementara itu, Md Isa berkata, objektif pembangunan projek itu adalah bagi mempercepatkan proses transformasi Kangar sebagai bandar maju selaras dengan aspirasi menjadikan Perlis sebagai negeri maju menjelang tahun 2015.
 
Menurutnya, pelaksanaan projek itu dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi Perlis selain mewujudkan sekurang-kurangnya 300 peluang pekerjaan.
 
“Melalui pembinaan ini, Kerajaan Negeri menjangkakan ruang perniagaan seluas 200,000 kaki persegi akan ditawarkan kepada usahawan tempatan dan Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera di Perlis,” katanya


masjid terapung juga merupakan mercu tanda baru perlis

1 comment: